Rata-rata ramai yang masih ingat  tentang tragedi Highland Towers. Saya terbaca di blogger seseorang semalam  tentang sebuah dokumentari menceritakan semula kisah tragis Highland  Towers itu. Baru saya perasan. Kejadian 17 tahun yang lepas itu, berlaku  pada 11 Disember 1993, pada hari Sabtu. Kebetulan, bulan kejadian itu same dengan kelahiran kepunyean blogger ini.
Bangunan Blok A setinggi 12 tingkat  itu jatuh menyembah bumi pada 1.30 petang. Kejadian yang mengejutkan  seluruh negara itu telah mengorbankan 48 nyawa. Antara yang terkorban  ialah anak dan isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa  Hitam, iaitu Carlos Rashid dan Rosina Datuk Abu Bakar.
Terkejut kan? Bangunan yang nampak tegap, tiba-tiba jatuh. Bangunan tersebut dibina sekitar 1975 dan 1979. 
Rancangan dokumentari tentang Highland  Towers itu disiarkan di Astro History, Channel 555. Malangnya, rumah  saya tak pasang Astro, kalau ada Astro, boleh mengikuti cerita tragik  itu. Bagaimana selepas kejadian itu, perkara-perkara buruk (pembinaan  tidak mengikut pelan asal, tidak mengikut piawaian dan sebagainya)  terbongkar.
Mari kita belajar dari kisah ini.  Sungguh manusia ini amat perlu kepada ilmu-ilmu dunia untuk mentadbir  dan memakmurkan dunia ini. Dan sungguh manusia amat perlu kepada  ilmu-ilmu akhirat, agar tindakannya sentiasa harmoni dengan kehendak  Penciptanya.
Fikir, bagaimana mencapai kemajuan,
Zikir, ingatkan diri, jangan lupa diri, Sang Maha Kuasa sentiasa memerhati, jujurlah dalam setiap gerak-geri. Bila Dia kata "kun - jadilah, fayakun - maka jadilah".





